Jangan perlakukan saya seperti bola - Kartika

IPOH 24 Ogos – “Saya terkejut tapi saya tetap dengan keputusan saya. Cuma sekarang saya hendak tahu kedudukan saya dan jangan buat saya seperti bola.”

Demikian reaksi model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno terhadap penangguhan hukuman sebat terhadapnya yang sepatutnya dilakukan hari ini atas kerana kesalahan meminum arak.

Di Kuantan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz memberitahu pemberita bahawa penangguhan itu disebabkan arahan Jabatan Peguam Negara bagi menghormati Ramadan. - Utusan

No comments

Powered by Blogger.