Kekurangan Alat Thermometer Infra Red Menyukarkan Saringan Cegah H1N1

PETALING JAYA, 22 Ogos - ADUN Kg Tunku, Lau Weng San bercadang mahu membekalkan alat pengukur suhu badan atau thermometer infra red di sekolah-sekolah dalam kawasannya.

Ini berikutan pihak sekolah terbabit sukar menjalankan ujian saringan suhu badan pelajar mereka kerana kekurangan alat pengukur tersebut.

“Walaupun kerajaan persekutuan berjanji untuk memberi topeng muka dan thermometer kebanyakan sekolah di kawasan saya masih belum menerima sumbangan topeng muka dan thermometer lagi”. Jadi saya akan cuba membantu mereka memberi dan menyumbang thermometer ini kepada sekolah kerana dalam keadaan kekurangan thermometer, pihak sekolah tidak dapat menjalankan saringan suhu badan setiap hari”, kata Lau kepada pemberita.

Beliau berkata demikian kepada TVSelangor selepas menyerahkan topeng muka keselamatan di Pasar Seri Setia, Petaling Jaya, pagi tadi.

Dalam pada itu, masalah kekurangan alat tersebut perlu diatasi segera supaya pihak sekolah dapat memastikan kesihatan pelajar mereka pada yang memuaskan menjelang peperiksaan.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dijangka bermula bulan hadapan, diikuti dengan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada Oktober dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November hingga Disember tahun ini.

“Kementerian Kesihatan belum lagi membekalkan thermometer yang mencukupi kepada mereka, ada yang langsung tak ada”, kata Lau lagi.

Tambah Lau, beliau bercadang membekalkan thermometer sebanyak 4 unit setiap sekolah supaya proses saringan lebih cepat dan berkesan berbanding hanya satu unit sekarang.

Thermometer tersebut bakal diagihkan kepada pihak sekolah sebelum sesi persekolahan bermula iaitu pada 29 Ogos ini. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments

Powered by Blogger.