Kerajaan Negeri Anjur Hari Orang Asal Sedunia

SHAH ALAM, 9 Ogos - Sementara itu, di Laman Budaya Tasik Shah Alam pagi tadi, Festival Muzikal Ekstravaganza turut diserikan dengan sambutan Hari Orang Asal Sedunia.

Sambutan yang julung kali dianjurkan oleh kerajaaan negeri, dirasmikan Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Selangor, Elizabeth Wong.

Pada majlis ini, pelbagai aktiviti kehidupan tradisional masyarakat Orang Asli dipersembahkan kepada orang ramai.

Antaranya, tarian kebudayaan, hasil kesenian, permainan tradisional beberapa kaum Orang Asli dan masakan tradisi.

Elizabeth yang ditemui berkata, sambutan seumpama ini merupakan landasan terbaik untuk menghimpunkan semua kaum orang asli di negeri ini.

Selain dapat menyaksikan keunikan budaya suku kaum orang asli mah meri, semai dan temuan pertak yang diwarisi sejak turun-temurun, ia juga dapat merapatkan hubungan mereka dan masyarakat lain di negeri ini.

Elizabeth berkata, kerajaan negeri juga akan meneruskan sambutan seumpama ini pada masa akan datang.

Sambutan Hari Orang Asal hari ini turut disambut oleh masyarakat Orang Asli di seluruh dunia.

Ia sebagai memperingati masyarakat Orang Asli yang telah wujud, sejak bertahun-tahun lamanya.

No comments

Powered by Blogger.