Khalid Mahu Adakan Perbincangan Semua Pihak Termasuk Penduduk Terbabit Selesai Isu Kuil

Bantahan pembinaan kuil di Sekysen 23, Shah Alam Jumaat lalu mungkin dapat diselesaikan secepat mungkin dengan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terbabit.

Walaupun kira-kira 300 penduduk taman itu mengadakan demonstrasi secara aman di kawasan perumahan mereka, namun kerajaan negeri berharap mereka dapat bersabar dan menerima penjelasan kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil.

“Kita berharap kita dapat menjelaskan kepada penduduk setempat sama ada kuil itu mengganggu atau tidak. Jadi kita haraplah penerimaan masyarakat tersebut sebab kuil itu akan dialih. Kita berterima kasih kepada jawatankuasa kuil tu yang bersetuju untuk mengalih dan kita alih ke suatu tempat. Boleh jadi kawasan 23 tu akan dipantau sama ada dia akan memberi kesenangan masyarakat di sana”, kata Menteri Besar Selangor kepada pemberita.

Tan Sri Khalid mengulas demonstrasi bantahan yang diadakan oleh penduduk Seksyen 23, Shah Alam hari ini, berhubung cadangan memindahkan kuil seksyen 19 ke kawasan mereka.

Menteri Besar berkata demikian selepas mengagihkan Bantuan Zakat kepada Fakir dan Miskin Sempena Ramadhan dan Aildilfitri di Masjid Batu 8, Ijok, Kuala Selangor, petang tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak terlibat, termasuk penduduk kawasan itu.

“Saya akan bincangkan dengan ahli Exco dan juga Ahli Parlimen Shah Alam supaya kita dapat menyelesaikan masalah ini. Tapi keputusan itu telah dibuat setelah beberapa perbincangan yang dilakukan”, jelas Abdul Khalid lagi.

Demonstrasi bantahan itu, dianjurkan segelintir penduduk dengan mendakwa projek terbabit terletak terlalu hampir kawasan perumahan.

Ahli Jawatankuasa Penduduk Seksyen 23, Ramze Ramli yang mengetuai demontrasi itu, meminta Adun Batu 3, Rodziah Ismail dan kerajaan negeri Selangor meneruskan perancangan awal pemindahan kuil itu dari Seksyen 19 ke Seksyen 22.

Jumaat lepas, mereka menyerahkan memorandum kepada Pegawai Khas Adun Batu Tiga, yang mendesak supaya kerajaan membatalkan pembinaan kuil ini. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments

Powered by Blogger.