Kita Tengok SPRM Jadi Lembu NAzri Ke Tak?

Siasatan SPRM: Peguam Negara diarah batal arahan MB Selangor

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengarahkan Peguam Negara mengambil tindakan membatalkan arahan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berhubung kebenaran untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan pada waktu pejabat sahaja.

Beliau selaku Menteri bertanggungjawab memerangi rasuah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini berikrar akan melawan habis-habisan hasrat Menteri Besar Selangor itu kerana ia akan menyekat kebebasan SPRM sebagai sebuah badan bebas.

"Apa yang dilakukan pembangkang adalah 'cakap tidak serupa bikin'. Saya tidak setuju dan mahu supaya Peguam Negara mengambil tindakan untuk sama ada ke mahkamah bagi membatalkan arahan Menteri Besar Selangor itu.

"SPRM sebuah suruhanjaya bebas dan ia mesti mengikut peraturan dalam penyiasatan termasuk terkawal oleh undang-undang negara, tetapi tidak boleh terbatas dengan arahan pentadbiran daripada Menteri Besar Selangor," katanya pada sidang media selepas melawat Kompleks Mahkamah Kuching di Petra Jaya dekat sini, hari ini.

apa khabar anak dato yang keja dok cium pompuan jer? hehehe... kepala botak macam hang juga la.

No comments

Powered by Blogger.