LZS Agih RM243 Ribu Untuk Fakir dan Miskin di Kuala Selangor

Seramai 330 fakir dan miskin di daerah Kuala Selangor menerima bantuan persiapan menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya Aildilfitri dari Lembaga Zakat Selangor (LZS), berjumlah 243 ribu ringgit.

Daripada jumlah itu, sebanyak 175 ribu ringgit diserahkan kepada asnaf fakir, manakala 67,900 ringgit lagi diagihkan kepada asnaf miskin.

Masing-masing menerima bantuan antara 650 ringgit dan 1,000 ringgit seorang mengikut tanggungan bagi setiap keluarga.

“Masjid-masjid seluruh masjid-masjid di Ijok telah datang dan membawa mereka ini untuk datang menerima pemberian zakat mengikut asnaf fakir dan miskin dan untuk seluruh negeri Selangor, sejumlah 21,620 orang, yang jumlah agihannnya ialah 16 juta akan diagihkan pada bulan ini kepada seluruh fakir miskin di negeri Selangor oleh Lembaga Zakat Selangor mengikut syarat-syarat yang ditentukan”, kata Tan Sri Abdul Khalid kepada pemberita.

Menteri Besar, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim berkata demikian selepas menyampaikan bantuan tersebut di Masjid Batu 8, Ijok, Kuala Selangor, petang tadi.

Terdahulu itu, Tan Sri Khalid disambut penduduk Kg. Pasir Tuntong, Jeram ketika mengadakan lawatan singkat ke kampung kelahirannya.

Beliau menghabiskan masa kira-kira sejam menemui warga emas di kampung ini dan menyampaikan bantuan berupa hamper sempena menyambut Ramadhan, minggu hadapan. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments

Powered by Blogger.