MB: Jawatankuasa Displin Medan Perbincangan Parti

SHAH ALAM, 13 Ogos - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menerima cadangan DAP untuk menubuhkan jawatankuasa disiplin bagi mengawal atau mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli atau pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau berkata jawatankuasa ini akan menjadi tempat Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan PKR melaporkan atau menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati antara mereka.

Katanya, penubuhannya bagaimanapun bukan bertujuan untuk menghukum tapi lebih kepada medan perbincangan antara parti.

Tan Sri Khalid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Selangor, di Shah Alam, petang tadi.

Terdahulu, Pengerusi DAP Selangor, Ean Yong Hian Wah yang ditemui pada majlis yang sama meminta satu jawatankuasa disiplin diwujudkan bagi membincangkan perkara tersebut.

Beliau berkata sehingga kini tindakan disiplin terhadap Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Ali masih belum ditarik balik dan desakan yang diutarakan oleh Timbalannya, Tony Pua itu masih lagi kekal.

Ean yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram memberitahu, desakan yang dibuat Tony sebenarnya di luar pengetahuannya tetapi menganggap ia tidak melanggar prinsip parti.

Katanya, desakan itu hanya pendapat peribadi Tony tetapi itu tidak menjadi kesalahan dalam parti.

No comments

Powered by Blogger.