MB Minta Unisel Adakan Kajian Program Perniagaan Terhadap Pembiakan Spirulina

HULU SELANGOR, 11 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan supaya pihak Universiti Industri Selangor (Unisel) melakukan kajian program perniagaan terhadap pembiakan spirulina untuk dimanfaatkan oleh rakyat Selangor.

Menurutnya, rumpai air atau alga ini didapati sesuai untuk dijadikan produk farmasi dan kesihatan bagi penduduk serta boleh dijadikan makanan utama ternakan seperti ayam, itik, kambing dan ikan.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedia membiayai projek penghasilan makanan alga berkhasiat ini yang dilaksanakan dengan kerjasama Unisel.

“Walaubagaimanapun, keputusan ini akan dibuat selepas 2 minggu selepas kerajaan negeri melihat hasil kajian Unisel”,katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian selepas melawat Tapak Semaian Spirulina, di Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor yang diusahakan oleh Ketua Unit Ladang Bioteknologi Unisel, Profesor Lokman Shamsudin.

Tapak semaian seluas 4 ekar ini diusahakan setahun lalu, selepas membuat penyelidikan selama hampir 3 tahun dan produk spirulina yang dihasilkan adalah dalam bentuk kapsul.

Kajian terhadap tumbuhan ini turut mengambil contoh pembinaan biorektor yang dihasilkan di German untuk membantu pembiakan spirulina atau dengan nama siantifiknya, Arthos-pera.

No comments

Powered by Blogger.