MENJANA TIGA DALAM SATU KEBANGKITAN

Seperti yang diperihalkan dalam Utusan Online UMNO Negeri Johor akan mengadakan satu Perhimpunan (tidak haram) Raksaksa diPadang Merdeka Batu Pahat. Peristiwa besar ini akan berlangsung pada petang Jumaat ini dan dianjurkan oleh UMNO Bahagian Batu Pahat.

Penulis tidak ingin mengulas Agenda-Agenda yang dirancang kerana itu adalah hak mutlak mereka. Apa yang hendak diulas dalam tulisan ini bersangkut paut dengan strategy perhimpunan itu diadakan.

Penulis melihat pada “reverse strategy” mengapa perhimpunan ini sangat-sangat perlu, strategic dan tepat masanya diadakan. Pertama ialah menyedari akan kehadiran Pakatan Rakyat yang meningkat dari hari ke hari. Tambahan pula baru-baru ini Ketua Pembangkang diParlimen telah mengumumkan yang Pakatan Rakyat sudah cukup bersedia menawan Negeri Johor pada Pilihanraya Umum ke 13.

Yang Kedua menyedari kesan daripada kemasukan Chua Jui Meng kedalam Parti Keadilan Rakyat yang boleh menggugat kedudukan Ahli-Ahli Parlimen dari Parti MCA dibeberapa kawasan dalam Negeri Johor pada PRU ke 13 itu nanti.

Yang Ketiga menyedari kekecewaan ahli-ahli UMNO diJohor kerana didalam Pemilihan baru-baru ini terlalu ramai pemimpin mereka tewas didalam Majlis Tertinggi. Diantaranya adalah nama-nama seperti Azalina Othman Said, Syed Hamid Alba dan Shahrir Samad.

Tujuan penulisan ini semata-mata mahu memberi “general idea” kepada ahli-ahli politik dalam Pakatan Rakyat supaya tidak merasa gusar tentang apa yang akan berlaku diBatu Pahat pada masa terdekat ini. Lagipun mengikut Agendanya ia hanyalah sekadar “laungan” semata-mata. Adalah lebih baik kita siapkan sepenuh tenaga dan tumpuan untuk bertempur diPermatang Pasir.

http://ahmadzawawi.wordpress.com/

No comments

Powered by Blogger.