MIC Bergolak, Samy Vellu Dikecam

Datuk Seri S Samy Vellu dikecam kerana berkempen untuk seorang calon yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti 12 September ini sebagai tidak profesional dan bersikap kebudak-budakan.

Datuk S Subramaniam menyifatkan tindakan Presiden MIC sebagai satu sikap yang tidakprofesyenal yang ditunjukkan oleh Presiden MIC.

“Sepatutnya dia (Samy Vellu) yang mendaftar sebagai calon Timbalan Presiden semalam, barulah sesuai dia buat kerja kempen seperti itu,” katanya kepada pemberita sebelum menyampaikan hadiah kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) cemerlang anjuran Koperasi Nesa di sini, semalam.

Subramaniam mengulas tindakan Samy Vellu menyatakan secara terbuka calon Timbalan Presiden yang direstuinya selepas majlis penamaan calon di ibu pejabat MIC semalam.

Pada majlis itu, tiga orang menyerahkan borang pencalonan sebagai Timbalan Presiden iaitu penyandang, Datuk G Palanivel, Naib Presiden, Datuk S Sothinathan dan Subramaniam sendiri.

Subramaniam berkata, tindakan Samy Vellu secara terang-terangan menyokong calon Timbalan dan Naib Presiden yang beliau mempunyai kepentingan dan menolak calon yang tidak digemarinya adalah sesuatu yang tidak profesional dan boleh memberi tekanan kepada perwakilan serta menimbulkan perpecahan dalam parti.

Samy Vellu sudahpun memenangi jawatan Presiden MIC bagi penggal ke-11 Mac lalu apabila diisytiharkan menang tanpa bertanding.

Subramaniam juga membidas tindakan Samy Vellu yang berdolak-dalik mengenai bila beliau akan melepaskan jawatannya itu.

Katanya, sebelum bertanding untuk jawatan Presiden bagi penggal ke-11 Samy Vellu memberi jaminan tidak akan lama memegang jawatan itu dan berundur pada September selepas Timbalan Presiden baru dipilih parti.

“Kemudian beliau (Samy Vellu) berkata pula akan berundur selepas memberi cukup latihan kepada Timbalan Presiden yang dipilih selama satu tahun dan selepas itu beliau kata akan mengundurkan diri apabila penggal habis pada 2012 dan kemudian pada 2015.... jadi ini menampakkan sikap Samy Vellu yang sudah tidak profesional dan sering berdolak-dalik,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.