Mungkinkah UMNO Tersilap Kira Kali Ini?

Sumber: TheRockNews
Penulis: Zheng Qi Qiang
Tajuk: Mungkinkah UMNO Tersilap Kira Kali Ini Dengan Memainkan Sentimen Perkauman?


Walaupun PM Najib melabelkan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua kaum dengan melancarkan slogan 1Malaysia serta melawati tempat-tempat yang terkenal dengan ciri-ciri bangsa tertentu, namum timbalannya Muhyiddin Yassin dan UTUSAN tidak teragak-agak untuk memainkan isu perkauman.

tindakan UMNO ini akan memanfaatkan Pakatan Rakyat namum PAS tidak harus dipengaruhi UMNO dengan mengambil langkah yang sama dengan UMNO kerana ia akan turut akan merosakkan sokongan terhadap PAS.

Walaupun PM Najib melabelkan beliau adalah Perdana Menteri untuk semua kaum dengan melancarkan slogan 1Malaysia serta melawati tempat-tempat yang terkenal dengan ciri-ciri bangsa tertentu, namum timbalannya Muhyiddin Yassin dan UTUSAN tidak teragak-agak untuk memainkan isu perkauman.

Menurut TheMalaysianInsider, Pengerusi Gerakan, Koh Tsu Koon pernah berkata dalam Mesyuarat Barisan Nasional bahawa laporan UTUSAN kebelakangan ini menimbulkan banyak masalah terutamanya dalam hal perhubungan kaum.

Tetapi Muhyiddin berkata, UTUSAN membuat laporan sebegini adalah kerana UTUSAN merasakan kedudukan Melayu semakin tergugat dengan rayuan Bukan Melayu yang semakin melampau.

Pendirian Muhyiddin telah ditentang segelintir pemimpin Barisan Nasional kerana menggangap UMNO perlulah memperjuangkan Rakyat Malaysia bukan hanya untuk bangsa tertentu sahaja.

Namun, melaui percakapan pemimpin UMNO dan laporan surat akhbar kebelakangan ini menunjukkan UMNO berhasrat untuk menarik semula sokongan orang melayu kembali ke UMNO dengan memainkan sentimen Melayu, ini termasuklah dengan memansuhkan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Editor Siasah berpendapat langkah UMNO untuk memainkan sentimen Melayu adalah langkah yang silap kerana pada pilihan raya yang lepas, UMNO tidak banyak kehilangan sokongan orang Melayu, apa yang sebenarnya berlaku ialah kemerosotan teruk sokongan bukan Melayu terhadapnya.


UMNO berpendapat, mereka sekarang perlu menarik sokongan Melayu kepada PAS kembali ke UMNO, tapi itu adalah strategi yang salah kerana pada pilihan raya yang lepas, UMNO tidak banyak kehilangan sokongan orang Melayu, apa yang sebenarnya berlaku ialah sokongan bukan Melayu terhadap parti komponen mereka telah merosot.

Apa yang UMNO perlu buat sekarang bukannya menyerang kawasan majoriti Melayu kerana perbuatan sekarang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan lebih banyak undi bukan Melayu.

Beliau juga berpendapat, parti komponen Barisan harus mengetahui sifat sebenar UMNO dimana UMNO hanya mementingkan diri sendiri walaupun tindakannya mungkin menyebabkan sokongan rakyat terhadap parti komponen mereka merosot. Maknanya mereka harus mengambil keputusan untuk meninggalkan UMNO supaya memaksa UMNO berubah. Mereka tidak perlu risau setelah meninggalkan BN bermakna mereka harus menyertai Pakatan, mereka boleh mengambil langkah iaitu setelah UMNO berubah, mereka boleh kembali bersama UMNO.

Bekas Editor Harakah juga berpendapat, tindakan UMNO ini akan memanfaatkan Pakatan Rakyat namum PAS tidak harus dipengaruhi UMNO dengan mengambil langkah yang sama dengan UMNO kerana ia akan turut akan merosakkan sokongan terhadap PAS.

Ong Jing Huat pula berpendapat, UMNO kini bermuka dua, pemimpin sebelah Muhyiddin sibuk menarik sokongan Melayu manakala pemimpin sebelah Najib pula menarik sokongan bukan Melayu.


Beliau berpendapat tindakan UMNO untuk memainkan isu perkauman adalah untuk menarik sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat kerana pada pandangan mereka, sekiranya mereka tidak boleh mempertahankan 40% sokongan Melayu dan 75% sokongan bukan Melayu maka mereka tidak dapat memenangi separuh daripada kerusi di Semenanjung lalu menyebabkan mereka gagal memerintah.

Oleh itu, apa yang mereka buat sekarang adalah untuk memastikan sokongan 40% Melayu kepada mereka supaya mereka boleh memerintah dengan sokongan tersebut. Tapi sekiranya UMNO tidak dapat memastikan 40% sokongan Melayu malah kehilangan 75% sokongan Bukan Melayu, maka UMNO mungkin tersilap kira kali ini.

Zheng Qi Qiang
http://www.therocknews.com/dama/local/6862.html

No comments

Powered by Blogger.