Nik Aziz menghadap Sultan Kelantan.

Alhamdullilah. KDYMM Tuanku Ismail Petra telah beransur sihat, dah boleh bercakap dan bercerita, bertanya kabar. Petang tadi YAB Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan telah melawat baginda Tuanku selama 1jam di hospital. Tok Guru Menteri Besar diiringi oleh Exco Kanan Dato' Husam Musa serta YB. Senator Dato' Rusli Ibrahim dan Dato' Wan Hassan.

YAB Menteri Besar Kelantan itu disambut oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan, berada disamping Tuanku ialah KDYMM Raja Perempuan Kelantan. Mengikut Tok Guru, keadaan kesihatan Tuanku amat baik dan Tuanku sempat bertanya kabar keadaan rakyat dan keinginan baginda untuk bertemu rakyat jelata.

Ambo berdoa semuga Tuanku cepat semboh dan balik ke Kelantan secepat yang boleh dan amba minta semua rakyat Kelantan mendoakan semuga kesihatan Tuanku cepat semboh, berkata Tok Guru dalam perbualan dengan saya petang tadi di ruangan menunggu di Hospital.

Sememangnya KDYMM Tuanku teringin benar untuk bertemu dengan rakyat jelata kerana sudah 2 bulan lebih Tuanku tidak dapat bersama rakyat, oleh kerana Tuanku sudah hampir pulih seperti sediakala maka keinginan Tuanku untuk bertemu dengan rakyat kian memuncak. Oleh itu marilah semua rakyat memohon kehadrat Allah swt. semuga kesihatan Tuanku akan cepat semboh dan diberi kesihatan yang baik serta dipanjangkan umur Tuanku. Amin.

http://newkk.blogspot.com/

1 comment

Arif Omar said...

ampun tuanku. semuga tuanku terus sihat dan dirahmati allah senantiasa

Powered by Blogger.