Ong saman Tiong RM500 juta

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat telah menfailkan saman dengan tuntutan RM500 juta terhadap pemegang saham utama Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing.

Tindakan undang-undang itu susulan dakwaan Tiong, yang juga ahli parlimen Bintulu, bahawa Ong menerima RM10 juta daripadanya.

Ia difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas memberikan tempoh selama seminggu bagi Tiong menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepadanya.

Seorang peguam Ong, juga presiden MCA, Ronnie Tan berkata jumlah tuntutan yang dimenanginya akan diserahkan untuk tujuan pendidikan dan kerja kebajikan.

Tambahnya, Ong memohon perintah injunksi bagi menghalang Tiong membuat dakwaan berkaitan isu itu lagi.

No comments

Powered by Blogger.