Permatang Pasir Cabar Wibawa Pemuda Pas Permatang Pauh Kotakan Kata

Oleh berat66

"Pernah dulu pada bulan May 2009, Pemuda Pas Permatang Pauh menyanggah arus menentang keputusan pencalonan Dr Mansor di Penanti.

Kepimpinan Pemuda Pas begitu lantang menyatakan hasrat dan niat yang tersirat MAHU bertanding bersandarkan fakta dan bukti yang mereka MAMPU.




Suara-suara itu telah menggegarkan ONE Malaysia ketika itu dan masih kedengaran hingga kini walau pun tidak selantang suara-suara team Kerajaan Perpaduan yang amat menggelikan.

Hasrat dan niat Pemuda Pas Permatang terpaksa dinoktahkan apabila Pengarah Pilihanraya Pas Datuk Mustaffa Ali dan kepimpinan tertinggi Pas termasuk Tok Guru Nik Aziz dan TG Presiden menyatakan bahawa Pas TIDAK akan mencalonkan sesiapa pun di Penanti.



Hasrat Pemuda Pas walau pun ditolak (bersebab) kepimpinan pada masa itu, namun takdir telah mengizinkan peluang pertandingan itu kini untuk calon PAS sebagaimana MAHU Pemuda dulu. Tetap di Permatang Pauh dan semestinya Permatang Pasir.

Suara dan hasrat Pemuda yang gamat berkobar ketika itu perlu dihangat dan dikibarkan kembali di Permatang Pasir untuk membuktikan kepada diri dan ONE Malaysia bahawa, PEMUDA adalah PENCETUS kemenangan dan bukan sahaja untuk Pas malah untuk semua termasuk penyokong Umno.

Inilah masanya untuk Pemuda Pas Permatang membuktikan kata dan sentiasa berada di “frontliner” bagi membantu mempertahankan kemenangan dahulu dengan melakar kemengan yang baru.

Datanglah jaguh ONE Malaysia, persilakanlah Khairy Jualluddin, datanglah Ezam Mat Kotak, hunuslah kerismu selembutnya Hisham, kami yakin dan percaya Pemuda Pas Permatang sedia berpantang ajal sebelum maut demi mempertahankan ONE matlamat dalam ONE perjuangan menentang kezaliman kerajaan ONE Malaysia. Apa yang PASti Permatang PASir hanya untuk PAS dan pastikan UBN akan kalah ONE..

No comments

Powered by Blogger.