Pesta Anak Muda Selangor 2009 Hujung Minggu Ini

SHAH ALAM, 12 Ogos - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melancarkan Visi dan Misi baharu serta Nilai Bersama setelah 45 tahun penubuhannya.

Pelancaran hala tuju baharu ini penting bagi PKNS terutama dalam usaha membuat transformasi baru sejajar dengan perubahan dan pembaharuan yang berlaku sekarang.

“Saya sekarang menyokong usaha saudara supaya PKNS adalah syarikat professional, sama tahapnya, sama kebolehannya, sama keinginan supaya ianya menjadi sebuah syarikat yang boleh bertanding di Malaysia ataupun di peringkat antarabangsa”, kata Tan Sri Abdul Khalid.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku pengerusi PKNS merasmikan Visi dan Misi baharu PKNS di SACC Convec, Shah Alam, malam tadi.

Visi baharu PKNS ialah Membina Komuniti, Memperkasa Kehidupan dan Merealisasikan Impian.

Manakala Misinya pula ialah Untuk Membentuk Persekitaran Kehidupan Yang Vibran dan Lestari Melalui Inovasi Berterusan, Perkhidmatan Yang Melangkaui Ekspektasi dan Modal Insan Yang Komited dan Kompeten.

Menurut Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, PKNS sebelum ini sudah menempa beberapa kejayaan, antaranya membina 10 pusat-pusat pertumbuhan baharu seperti Petaling Jaya, Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Ampang Hulu Klang, Kelana Jaya, Bandar Sultan Suleiman, Kota Damansara, Kota Puteri, Antara Gapi dan Bernam Jaya dengan jumlah keluasan 14 ribu hektar.

“We like public to see PKNS as bukan satu pemaju hartanah, pembina rumah, we developers of township, kita banyak township, kita tidak, we do not compete with the other developers because their built houses, we built township”, kata Othman lagi.

Selain itu, PKNS juga berjaya membina kira-kira 200 ribu unit rumah pelbagai jenis untuk rakyat Selangor dan membina kilang serta pejabat yang menawarkan kira-kira 400 ribu peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dan luar negara.

Dalam majlis itu juga Othman turut memperkenalkan bangunan SACC Convec yang baru siap dibina PKNS yang berkeluasan 20 ribu kaki persegi yang boleh memuatkan kira-kira 5 ribu tetamu dalam satu sidang.

Di samping itu, PKNS juga sudah melahirkan seramai 100 usahawan melalui program vendor, sub kontraktor serta pembudayaan perniagaan di kalangan pelajar sekolah melalui Program Usahawan Muda PERMATA.

Kira-kira 800 kakitangan PKNS dan jemputan hadir pada majlis itu.

Hadir sama Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

No comments

Powered by Blogger.