Polis ‘Diraja’ Malaysia?

7097440108_protester_isa_slideshow_7



1. Gambar ini dirakamkan dalam perhimpunan membantah ISA, semalam. Seorang Ahli Parlimen Malaysia ditarik oleh polis sehingga bajunya koyak rabak.

2. Kalau ahli Legislatif yang dipilih secara sah oleh rakyat ini boleh diperlakukan sedemian rupa, kita rakyat bawahan bagaimana? Pasti lebih parah dan mengerikan!

3. Inilah taraf polis kita, Polis ‘Diraja’ Malaysia. Saya cadangkan agar gelaran ‘Diraja’ yang dianugerahkan oleh Yang Di Pertuan Agong pada 24 Julai 1958 itu ditarik balik. Sesuai digunakan istilah Angkatan Polis Malaysia (AMP). Nama ini lebih menggerunkan, sesuai dengan mereka.

4. Ataupun Angkatan Polis Malaysia Untuk Barisan Nasional (AMPU). Sesuai dengan orientasi kerja buat mereka pada masa ini.

5. Hak untuk berhimpun dan bersuara dinyatakan dengan jelas dalam Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan. Penafian hak ini yang dibuat oleh penyalahgunaan budi bicara polis dalam Akta Polis 1967 (Seksyen 27) adalah suatu bentuk pencabulan perlembagaan yang parah. Di mana semangat perlembagaan yang diikrarkan luhur?


http://hasbiemuda.wordpress.com/2009/08/02/polis-diraja-malaysia/

No comments

Powered by Blogger.