PRK N 11 Permatang Pasir: PAS kecewa BN kemuka calon ‘Pecah Amanah’

Sidang media Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar pada 18 Ogos 2009, di Markaz Besar PAS, Permatang Pasir.

Pemperkenal calon

Menjawab Isu yang dibangkitkan oleh wartawan

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar kecewa dengan Calon yang diperkenalkan oleh BN iaitu Rohaizat Othman kerana menurutnya ia akan mendedahkan perlakuan Rohaizat sebelum ini seperti yang didedahkan oleh Majlis Peguam bahawa Rohaizat telah melakukan ‘pecah amanah kepeada Koperasi Pekebun Kecil Getah.

“Bagaimana orang yang melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai ‘pecah amanah’ diberikan tanggungjawab menguruskan persoalan masyarakat dan Rakyat.

“Kerana dari segi moralnya beliau (Rohaizat) telah hilang kelayakan sebagai seorang calon,” kata Mahfuz.

Justeru itu, Mahfuz menasihatkan Rohaizat supaya rohaizat menarik diri dari bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir.

Turut hadir dalam sidang media tersebut, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz idris Ahmad.

Lagi video akan menyusul …


jiwo kelate

No comments

Powered by Blogger.