PRK N 11 Permatang Pasir: Rakan Kongsi nafi diperalatkan PAS

Yusri Isahak – bekas rakan kongsi firma guaman calon BN, Rohaizat Othman – menafikan bahawa beliau dipergunakan oleh PAS dalam kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

“Saya muncul adalah untuk membersihkan nama saya. Ada pihak mendakwa saya memihak kepada PAS, didesak dan dipergunakan oleh PAS, saya nafi sekeras-kerasnya.

“Saya ke pentas PAS adalah atas kehendak hati saya sendiri,” kata Yusri dalam ceramah PAS di di hadapan Kedai Asri di Permatang Tengah malam tadi.

No comments

Powered by Blogger.