PRK Pengkalan Pasir: UMNO Dengar Nasihat Nik Aziz!

NASIHAT NIK AZIZ

Mengenai kemungkinan serangan peribadi, Zahid memberitahu, pihaknya tidak khuatir dengan serangan-serangan peribadi kerana ini menjadi perkara biasa.

"Menjadi permainan politik pihak lawan dan kami akan menghadapi apa sahaja serangan peribadi yang akan dilontarkan terhadap Saudara Rohaizat.

"Yang penting walaupun kami ahli Umno dan BN, kita mengikuti nasihat daripada Yang Amat Berhormat Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang mengatakan bahawa jangan membuat serangan peribadi. Kita juga akur kepada nasihat beliau walaupun kita bukan ahli PAS.

"Kalau kita boleh akur dengan nasihat Mursyidul Am PAS, maka tiada sebab mengapa ahli-ahli PAS dan pemimpin PAS tidak boleh ikut nasihat Mursyidul Am PAS," katanya.

Sejauh mana serangan peribadi ini akan menjejaskan kredibiliti calon BN kelak, Zahid menambah, "ini soal persepsi."

"Menguruskan persepsi adalah pendekatan kami... perspesi negatif, itu tugas kami untuk menjelaskan kepada pengundi-pengundi," katanya.

Menjawab soalan berhubung ucapan Ketua Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid pada persidangan perwakilan bahagian itu pagi tadi bahawa ada puak yang cuba mensabotaj jentera BN, Zahid menjelaskan:

"Saya telah dapat atasi kerana keempat-empat jawatankuasa ada (hadir mesyuarat lebih sejam). Tadi kami telah bersumpah dengan nama Allah, dan saya mengetuai sumpah itu, bahawa mereka tidak akan membangkitkan perkara-perkara dalaman untuk dijadikan sebagai isu dalam pilihan raya ini."

Tegasnya, "saya akan mengizinkan mereka untuk berbeda pendapat sekali lagi dan seterusnya selepas 6 petang 25 Ogos nanti."

"Kalau nak berperang, berperanglah tapi selepas 6 petang 25 hari bulan selepas membuang undi... sekarang ini gencatan senjata," katanya.mstar

No comments

Powered by Blogger.