Program Mencari Sinar Jejaki Fakir Miskin

Klang , 11 Ogos - Seramai 403 orang fakir miskin menerima sumbangan agihan Ramadhan dan Hari Raya hari ini.

Penerima terdiri daripada 184 orang dari golongan fakir dan 219 orang lagi dari golongan miskin.Jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM 332,990.00 .

Exco Selangor,juga ADUN angkat Sementa,Rodziah Ismail berkata,agihan tersebut dibuat melalui Program Mencari Sinar anjuran Majlis Daerah Klang dan Lembaga Zakat Selangor dalam usaha menjejaki fakir miskin.

“Usaha ini adalah usaha kerajaan negeri dalam menjejaki nama-nama yang dikumpulkan oleh Ketua Kampung, dan Pegawai Daerah,kemudian di usulkan kepada pihak zakat.”Katanya.

Rodziah Ismail yang juga,Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, berkata demikian pada majlis agihan Ramadhan dan Hari Raya daerah Klang tahun 2009,1430 Hijrah, di Kapar, Klang, hari ini.

Menurut Rodziah lagi,bantuan ini disusuli dengan beberapa program pembangunan bagi memberi bimbingan dan sokongan .

Sementara itu beberapa penerima yang ditemui melahirkan rasa bersyukur dan terharu serta berazam agar dapat merubah corak kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Rodziah turut berharap agar penerima zakat ini berusaha sedaya upaya mengeluarkan diri mereka dari kelompok kemiskinan melalui kursus dan bantuan kewangan yang di sediakan oleh Lembaga Zakat Selangor.

No comments

Powered by Blogger.