Rahsia Bubur Lambuk Masjid Negeri

Shah Alam,25Ogos-Keenakan bubur lambuk Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dapat dinikmati sepanjang bulan Ramadan, menjadi buah mulut warga Shah Alam.

Ini terbukti apabila peningkatan jumlah agihan yang dilakukan pada tahun ini bertambah kepada 2,500 bungkus tahun ini, berbanding 1,500 bungkus tahun lalu, ekoran permintaan orang ramai.

Tinjaun TVSelangor mengikuti proses penyediaan bubur lambuk yang dilakukan oleh Wak Tom Katering di masjid ini untuk diagih-agihkan kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa.

Waktom Katering yang bertanggungjawab dalam menyediakan bubur lambuk telah memulakan operasi penyediaan bubur lambuk di Masjid Negeri sejak tahun 2006.

Pengusaha Wak Tom Katering, merangkap ketua tukang masak, Zainal Haji Kasran berkata, permintaan terhadap bubur lambuknya kian meningkat dan menjadi semakin popular.

Resepi yang diilhamkan oleh isterinya, Latifah Haji Ahmad Bakrun, ternyata mempunyai beberapa perbezaan dengan penyediaan bubur lambuk di masjid lain.

“Semua barang akak tumis dulu sampai garinglah, garing sampai naik minyak baru kita letak beras kemudian kita campur air,macam itu lah caranya”,jelas Latifah.

Penyediaan bubur lambuk Wak Tom, membabitkan 12 pekerja, termasuk Zainal dan isterinya.

Persediaan telah dibuat seawal jam 7 pagi dan prosesnya mengambil masa antara 2 hingga 3 jam bagi memasak sat

No comments

Powered by Blogger.