ronnie liu : ada beza antara arak dan beer

Oleh: ostarmy

"Akhirnya saya dapat penjelasan melalui pihak Ronnie Liu melalui url ini http://www.youtube.com/watch?v=d3s_MZ6Xdos&feature=channel_page. Maka yang jelas Ronnie Liu mungkin ada kebenaran dari segi perundangan yang dicipta oleh penjajah. Rupa-rupanya begitulah negara kita selama ini dan kalau terus umno barisan nasional memerintah perkara sebeginitidak akan terbongkar.

Beer adalah minuman yang mengandungi 8.8% dan ke bawah kandungan araknya. Dan beer tidak dikategorikan sebagai arak maka tidak terikat dengan sebarang perundangan yang terkena ke atas arak. Oleh itu sesiapa saja boleh menjual beer tanpa perlu mendapat kebenaran atau lesen daripada PBT.

Maka inilah yang kita kena perlu renung betul-betul. Betapa longgarnya undang-undang kita. Dan kita perlu berusaha merubah apa yang termaktub tentang pentafsiran arak dalam perundangan kita sekarang.

Umno selama ini diam tanpa sebarang bunyi mengenai isu ini. Tapi sekarang bising memanipulasi isu arak yang akhirnya membawa kepada dakwaan pas bertelagah dengan dap. Watak MB Selangor pula dipotraitkan sebagai seorang yang telah memihak kepada dap. Maka pas diminta keluar dari pakatan rakyat kerana dap dan pkr tidak dapat bekerja sama dengan pas. Serangan demi serangan terus dilakukan ke atas kerajaan selangor dan pulau pinang. Mereka cuba melemahkan kedua-dua kerajaan ini.

No comments

Powered by Blogger.