Selangor Bakal Bergelar Destinasi Hartanah Dan Pelaburan

Selangor bakal bergelar sebuah destinasi yang terkemuka serta menjadi tarikan pelaburan dan hartanah pada masa akan datang.

Ini berikutan dengan sebuah lagi pembangunan pusat membeli-belah terunggul iaitu Setia City Mall di Bandar Setia Alam, Shah Alam.

Petang tadi telah berlangsung Majlis Menandatangani Perjanjian Pinjaman berjumlah 315 juta ringgit bagi membiayai Kos Pembinaan Kompleks Membeli-Belah itu. Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahi, di Setia Alam Welcome Centre, Shah Alam.

Perjanjian tersebut berlangsung antara S P SETIA Berhad dan Retail Investment Fund Asia (Arif), bersama CIMB BANK, Public Bank, dan Affin Bank.

Tan Sri Khalid berkata, dengan adanya pembangunan seperti ini, ia sebagai satu cara bagi menggalakkan dan menaikkan nama Malaysia sebagai sebuah destinasi hartanah untuk pelabur-pelabur antarabangsa dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Disamping itu, satu entiti swasta rakyat baru, Malaysia Property Incorporated (MPI) turut telah ditetapkan bagi meningkatkan tahap pelaburan asing dalam sektor hartanah.

Pembinaan itu dijangka selesai pada 2012.

No comments

Powered by Blogger.