Seminar Muafakat Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat pagi ini meneruskan siri seminar yang melibatkan pimpinan utama semua parti komponen bagi memperkukuhkan permuafakatan kerjasama, memperkasakan gerak kerja dan menggilap kembali tekad perjuangan.

Seminar disusun rapi merangkumi seminar umum, mesyuarat serta melibatkan pimpinan utama Pakatan Rakyat di semua peringkat. Acara dimulai dengan ucaptama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri.

Disusuli kemudiannya sesi soal jawab dan berkongsi pandangan dari pimpinan utama PAS, DAP dan PKR. Pastinya kesemua yang hadir menyatakan iltizam untuk terus memperkukuhkan permuafakatan Pakatan Rakyat walaupun terdapat perbezaan di dalam menangani sesuatu isu. Harapan rakyat untuk kami menjayakan permuafakatan ini sangatlah besar, inshaallah berkat usaha dan ikhlas berjuang, cita-cita ini dapat kita tunaikan.

ANWAR IBRAHIM

No comments

Powered by Blogger.