SIDANG MEDIA WAKIL PENDUDUK PDG SERAI BANTAH PENAHANAN YB GOBALAKRISNAN

Sebentar tadi satu sidang media telah di lakukan oleh wakil penduduk PADANG SERAI iaitu MR RAVI bertempat di PUSAT KHIDMAT PARLIMEN PADANG SERAI,di dalam sedang media tersebut MR RAVI menegaskan bahawa penahanan dan apa yang di laporkan oleh TV3 dan media pro kerajaan adalah tidak benar mengenai apa yang berlaku.

YB GOBALA di tahan di hadapan pintu masuk IKBN oleh pasukan polis,MR RAVI juga berkata YB GOBALA telah di kasari dan mengalami kecederaan yang serius.Kecederaan yang di alami seperti bengkak di bahagian dada dan lebam di bahagian rusuk,selain itu juga hasil daripada imbasan X-RAY menunjukkan terdapat keretakan tulang di bahagian tangan YB GOBALA,dada YB GOBALA turut terdapat kesan lebam.

Selain kecederaan dalaman seluar YB GOBALA juga terkoyak hingga ke bahagian belakang sehinggakan menjadi tanda tanya apa yang berlaku sehinggakan seluar beliau terkoyak begitu sekali.Kemungkinan akan ada laporan polis di buat oleh MR RAVI dan kawan-kawan di atas apa yang berlaku kepada YB GOBALA, kini YB GOBALA berada di HOSPITAL BUKIT MERTAJAM untuk mendapatkan rawatan dan di beritahu oleh polis sehingga petang tadi,YB GOBALA akan di hadapkan ke MAHKAMAH pagi esok.

HIDUP HARAPAN

No comments

Powered by Blogger.