Tindakan kerajaan negeri terhadap penyelesaian isu Kampung Buah Pala

Soalan Lisan YB S.N Rayer (Seri Delima): Apakah tindakan kerajaan negeri terhadap penyelesaian isu Kampung Buah Pala?

Jawapna: Kerajaan Negeri telah mengadakan sebanyak lima (5) kali perbincangan dengan penduduk-penduduk Kampung Buah Pala. Selepas beberapa kali rundingan dengan pihak pemaju, pihak pemaju telah menawarkan sebuah rumah teres bertingkat dua dengan keluasan tanah 1,200 kaki persegi dan keluasan kawasan binaan 1,400 kaki persegi untuk setiap rumah yang terlibat untuk dirobohkan.

Tawaran penyelesaian ini adalah yang terbaik sekali dalam sejarah Malaysia dan mana-mana negeri di Malaysia. Usaha khas telah kami bawakan untuk penduduk-penduduk memandangkan mereka telah menduduki Kampung Buah Pala lebih 100 tahun dengan kebenaran pemilik asal, Mary Brown. Tawaran ini membolehkan penduduk-penduduk memiliki rumah dua tingkat serta diberikan jaminan undang-undang dengan geran tanah sahih berbanding dengan Barisan Nasional yang menganggap mereka sebagai setinggan-setinggan haram yang harus diusir keluar begitu sahaja.

Perlu diingatkan bahawa isu Kampung Buah Pala adalah angkara Kerajaan Negeri Barisan Nasional lama yang merompak tanah mereka tanpa berunding dengan mereka. Mengapa perompak tanah Barisan National tidak berusaha untuk memperbetulkan kesalahan mereka tetapi sekarang menjadi wira kepada penduduk-penduduk yang mereka rompak.

No comments

Powered by Blogger.