Usaha Kawal Penjualan Arak Tanggungjawab Bersama :Yaakob Sapari

Shah Alam, 10 Ogos - Sistem Kawalan Kendiri Sosial adalah langkah terbaik kepada setiap individu, khususnya umat Islam dalam membantu usaha kerajaan mengawal penjualan minuman keras.

Exco Selangor, juga ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari berkata, walaupun enakmen dan akta kawalan penjualan dan pembelian arak sudah sedia ada, namun penguatkuasaan belum dijalankan sepenuhnya.

“Enakmen boleh kita buat, tetapi nasihat dan rundingan itu lebih berkesan, kita bagi nasihat dan pihak korporat sanggup bertanggungjawab, nampaknya sistem kawalan kendiri sosial ini berkesan,”Katanya.

Yaakob yang juga Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata demikian pada majlis perhimpunan bulanan Majlis Bandaraya Shah Alam, hari ini.

Menurutnya, sistem kendiri ini sangat penting dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada penduduk setempat.

“Alhamdulillah semalam saya sudah buat semakan, arak-arak mahupun beer yang berada di rak-rak kedai serbaneka Seven Eleven sudah tidak ada lagi, “Katanya.

Yaakob menegaskan, arak adalah haram dalam Islam, tetapi penjualan minuman keras ini tiada halangan kepada masyarakat bukan Islam dan penjualannya mestilah dibuat dengan cara yang betul.

No comments

Powered by Blogger.