Utusan Punca Perbalahan Melayu + Islam + Cina + India

Utusan Malaysia yang dikuasai UMNO telah menyiarkan artikel yang mampu menjejaskan hubungan kaum dalam tempoh dua minggu berturut-turut. Sekiranya kerajaan tidak menghalang, malah membiarkan media tersebut terus memainkan isu hubungan kaum, hubungan kaum yang terjalin dan keamanan yang dikekalkan selama ini, akan termusnah akhirnya. Kerajaan tidak harus double-standard ketika menguruskan hal-ehwal media, iaitu memberi amaran kepada media yang berbahasa tertentu, tetapi bersikap longgar terhadap media yang lain bahasanya.

1. Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Zainul Arifin dalam tulisannya yang disiarkan di Berita Harian pada 19 Julai 2009, mempersoalkan "Kenapa Menteri Besar Selangor, seorang Melayu, meragui kebolehan orang sebangsanya bertindak dengan tulus dan adil?"

2. Utusan Malaysia menyiarkan tulisan Noor Azam yang bertajuk "Melayu jangan jadi bacul", pada 4 Ogos 2009. Tulisannya dipetik seperti berikut, "Saksikan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hak Istimewa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan ada lagi. Strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya. Terus menyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan 'kemarahan dan kebencian' rakyat kepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu, termasuk kuasa mahkamah, polis dan tentera. Dan kuasa Raja-Raja Melayu."

3. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar ketika mengulas perhimpunan Mansuhan ISA berkata, "Waktu kita tangkap ahli KMM dan JI yang memang melibatkan orang Melayu, tiada gerakan untuk mansuhkan ISA kerana kita orang Melayu memahami keadaannya. Isu yang hangat sekarang ialah pertubuhan haram Hindraf...siapa Hindraf ini? Kenapa sekarang orang Melayu nak dijadikan alat oleh orang lain yang nyata mahu ambil kesempatan demi kepentingan politik?" (Utusan Malaysia, 3 Ogos 2009)

4. Utusan Malaysia menyiarkan teks ucapan Raja Dr.Nazrin Syah, dengan tajuk "7 Wasiat raja Melayu" di muka depan pada 7 Ogos 2009. Pada keesokannya, Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Ramai yang sudah terlupa mengenai wasiat (Raja Melayu) ini dan hanya dijadikan bahan sejarah, tetapi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah menjadikannya satu amaran, yang bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi bukan Melayu."

5. Setelah menyiarkan tuduhan TPM Muhyiddin Yassin terhadap Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat pada 3 Ogos 2009, Utusan Malaysia memaparkan berkali-kali gambar penyokong UMNO yang mengangkat banner tertulis "Anwar Pengkhianat" di muka depan akhbar tersebut.
-Merdekareview

No comments

Powered by Blogger.