Ahli PAS perlu bersama bantu DHPP

Harakahdaily

PENGKALAN CHEPA, 12 Jun: Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr. Mujahid Yusof melihat harapan besar disandarkan oleh perwakilan PAS kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS DHPP, apabila seringkali membangkitkannya dalam perbahasan ucapan dasar Presiden.

Penekatan yang diberikan berkaitan DHPP yang perlu ditarbiyah agar betul-betul memahami dasar Islam dan perjuangan PAS itu sendiri.

Namun katanya, yang lebih penting adalah ahli PAS di segenap peringkat bersama-sama membantu ahli DHPP agar lebih menngenali PAS secara lebih dekat.

"Cabaran terlalu besar kerana DHPP terpaksa bergerak pada harapan terlalu tinggi dari semua pihak.

"DHPP itu sendiri adalah merupakan satu medan yang baru yang PAS kena lihat iaitu orang bukan Islam bukan sahaja mengundi kita, tapi perlu memahami kita secara lebih dekat," katanya selepas perasmian muktamar PAS ke-56 semalam.

Beliau juga melahirkan kebimbangan jika tugas itu hanya disandarkan kepada Lajnah Perpaduan semata-mata malah megharapkan kerjasama dari semua pihak.

"Saya bimbang adakah perkara ini dapat dicapai, adakah DHPP sendiri boleh sampai level yang diharapkan.

"Saya jangka ini bukan perkara mudah," ujarnya lagi.

Bagaimanapun katanya, penaiktarafan Kelab Penyokong PAS kepada DHPP merupakan satu peningkatan dan kejayaan besar PAS khususnya dalam hubungan Islam dengan bukan Islam.

Sehubungan itu, PAS katanya perlu menggunakan peluang ini bagi menlebarluaskan lagi bukan sahaja pengaruh mereka malah wadah dakwah Islam itu sendiri.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.