Anwar: Khalid tidak hadir retreat kerana komitmen lain

Oleh Syed Mu’az Syed Putra dan Yow Hong Chieh


SHAH ALAM, 27 Jun — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak hadir sebahagian sesi retreat dua hari parti itu kerana terpaksa memenuhi komitmen-komitmen lain.

“Beliau (Khalid) sekarang ada di Kuala Selangor kerana ada program di sana.

“Sekejap lagi beliau akan sampai,” kata beliau kepada The Malaysian Insider di sini pagi ini.

Semalam Khalid tidak menghadiri retreat parti itu, yang menjadi tumpuan disebabkan desas-desus hendak menjatuhkan beliau dari jawatan Menteri Besar Selangor, sehingga menimbulkan tanda tanya di kalangan pemimpin parti.

Khalid juga tidak kelihatan pada sesi pagi ini.

Difahamkan ini retreat yang mendapat tumpuan meluas sejak selepas pilihan raya umum 2008, antara lain kerana dakwaan usaha hendak menjatuhkan Khalid.

Difahamkan sesi pemukiman yang dihadiri kira-kira 80 orang pemimpin parti itu membincangkan mengenai persiapan parti menghadapi pilihan raya umum akan datang dan pemilihan jawatankuasa tertinggi PKR November ini.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR akan diadakan petang ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid berkata Khalid akan sampai tengah hari nanti sama-sama menyertai retreat.

“Beliau akan hadir tengah hari nanti untuk menyertai retreat ini,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.