Betul La Chua Soi Lek Bagi 1 Nama Jer Kat PM Dan Suami PM

Tan: Chua hanya kemuka nama anaknya

Rombakan kabinet baru-baru ini menimbulkan kontroversi apabila ahli parlimen Gelang Palang, Tan Ah Eng menemplak presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang dilaporkan berkata nama Tan tersenarai untuk jawatan timbalan menteri.

Menurut Tan, Chua hanya menyenaraikan satu nama kepada Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pilihan kecuali memilih anak Chua, Tee Yong bagi mengisi jawatan timbalan menteri pertanian.

"Saya semak dengan PM malam semalam, beliau berkata semua nama yang dibekalkan oleh Chua diterima,” kata Tan yang juga adalah timbalan ketua wanita MCA.

"Saya tuntut keadilan!” katanya pada sidang media di lobi parlimen kerana ingin menjelaskan bahawa namanya tidak dicadangkan bagi jawatan timbalan menteri seperti yang didakwa oleh presiden MCA.

Katanya juga, perdana menteri tidak pernah mempertikaikan kebolehannya sebagai seorang MP.

"Perdana Menteri memberitahu saya bahawa beliau menghormati keputusan presiden MCA dan menerima semua nama yang dibekalkan,” katanya sambil menambah bahawa nama langsung tidak dikemukakan kepada Najib.

Chua pada 2 Jun lalu memberitahu wartawan bahawa hanya terdapat 15 ahli parlimen MCA untuk dipilih dan nama Tee Yong dan MP Gelang Patah, Tah Ah Eng juga diserahkan kepada Najib untuk Perdana Menteri membuat pilihan.

Mengulas perkara yang sama, hari ini, Chua terus mempertahankan bahawa dua nama diserahkan kepada Perdana Menteri untuk pertimbangannya - iaitu nama anaknya Chua Tee Yong dan juga nama Tan.




1 ~ Chua Tee Yong
2 ~ Chua Tee Yong
3 ~ Chua Tee Yong
4 ~ Chua Tee Yong
5 ~ Chua Tee Yong
6 ~ Chua Tee Yong
7 ~ Chua Tee Yong
8 ~ Chua Tee Yong
9 ~ Chua Tee Yong
10~ Chua Tee Yong
11~ Chua Tee Yong
12~ Chua Tee Yong
13~ Chua Tee Yong
14~ Chua Tee Yong
15~ Chua Tee Yong


sebab tu aku caya kat chua. betul chua kata


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.