BN semakin meruncing

Maklum balas yang di terima – MCA dan MIC masih gagal meraih sokongan yang mana ini akan menjadikan UMNO mangsa dalam pilihan raya akan datang. Setakat ini, sokongan golongan Cina amat cenderung kepada PR dan DAP sementara itu masyarakat India masih terbelah antara PKR dan MIC sendiri.

Strategi untuk menawan hati pengundi Cina dan India semakin tersasar sehingga segala pemberian tidak akan menjadi kiraan bagi masyarakat tersebut untuk terus mengundi MCA dan MIC. Ini bukan sesuatu yang dikatakan tanpa asas. Ini adalah satu petunjuk bahawa kaum lain semakin terikut-ikut PR lantas BN akan terus menuntut perjuangan yang tidak akan berjaya menambat hati pengundi bangsa lain. Kenapa BN kini semakin meruncing? Bukankah kita lihat menentang PR adalah berdasarkan kekuatan bangsa asing dan kelemahan kita kaum Melayu.

Adakah dengan pemberian demi pemberian diberikan kepada kaum itu maka kaum tersebut akan beralih pandangan kepada BN. BN perlu merangka asas kembali sebelum mahu menuntut perubahan kerana asas yang goyah – tidak ada persefahaman akan hanya menyaksikan kaum lain semakin terpengaruh dengan PR. Apa perlu kita lakukan untuk menarik bukan sahaja kaum lain tetapi golongan Melayu sendiri yang semakin cenderung kepada PR? Apa sebenarnya salah kita dalam isu perkauman. Adakah UMNO itu masih dikatakan rasis sehingga PAS boleh juga di terima oleh kaum lain?

http://www.umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=743&Itemid=58


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.