Jenazah Ustaz Hassan Selamat Dikebumikan. Gambar Tok Guru Nik Aziz Menangis


kelihatan tok guru nik aziz kelihatan sebak


Jenazah bekas timbalan presiden PAS, Hassan Shukri selamat dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Taman Melewar.

Sebelum majlis solat jenazah bermula, Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang turut hadir kelihatan sebak dan mengalirkan air mata. Turut hadir ialah Tmbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, ketiga-tiga naib presiden - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - serta beberapa ahli jawatankuasa PAS pusat seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan Hashim Jasin.

Sementara itu, seorang jawatankuasa PAS pusat yang ditemui selepas pengebumian, Hanipa Maidin berkata kematian Hassan adalah kehilangan besar bagi PAS kerana allahyarham merupakan seorang tokoh yang berpengalaman serta berilmu."Beliau adalah orang parti yang istiqamah dengan perjuangan sehingga akhir hayat dia.

Ribuan orang ramai turut bersama-sama mengiringi jenazah allahyarham pagi ini. Selanjutnya akan menyusul..

9.40pagi

Jenazah allahyarham Ustaz Hassan Shukri selamat disembahyangkan dengan diimamkan oleh Presiden PAS, TG Hj. Abdul Hadi Awang, bersama-sama juga ialah Mursyidul Am PAS TGNA. Juga kelihatan menziarahi jenazah allayarham ialah Dato Jamil Khir Baharom yang turut sama bersolat jenazah.


http://politikbanjar.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.