Kes Saiful Apek: Penjelasan Astro, TV3

Oleh AU YEONG HOW


http://mstar.com.my/archives/2010/6/15/mstar_hiburan/SaifulApek.jpg


SAIFUL APEK

PETALING JAYA: Astro dan TV3 mengesahkan pelawak Saiful Apek bukan residen artis mereka, sehubungan itu tidak timbul soal pelakon dan pelawak itu akan 'digam' oleh kedua-dua stesen televisyen itu.

Jurucakap Unit Perhubungan Awam Astro sewaktu dihubungi mengesahkan bahawa Saiful Apek tidak terikat dengan sebarang kontrak atau menjadi residen artis kepada stesen televisyen berbayar itu.

"Saiful Apek bukan artis kami dan kami tidak ada apa-apa tindakan terhadapnya," kata jurucakap itu.

Ditanya mengenai status pelakon itu pernah muncul dalam beberapa program terbitan mereka sebelum ini.

http://mstar.com.my/archives/2010/6/15/mstar_hiburan/Harun.jpg



HARUN SALIM BACHIK

Sementara itu, pihak TV3 juga mengambil pendekatan serupa dan menyatakan pelawak itu tidak terikat dengan mereka walaupun beliau pernah muncul dalam program sepeti "Jangan Tidur Lagi" terbitan stesyen televisyen itu serta sitkom "Senario".

Sementara itu Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) memandang serius kes melibatkan Saiful Apek akibat dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja malam kelmarin.

Presidennya Harun Salim Bachik berkata, sepatutnya kes-kes seumpama itu yang sering berlaku di kalangan artis selama ini menjadi iktibar kepada Saiful dan semua pihak.

Katanya, mereka perlu menjauhkan diri daripada najis dadah.

"Nampaknya masih ada artis yang tidak ambil pusing dengan kes-kes penyalahgunaan dadah," katanya kepada mStar Online.

Sehubungan itu, Harun menggesa artis-artis supaya mengelakkan diri daripada terjebak dalam perangkap dadah.

"Saya minta kerjasama artis-artis tolong jauhkan diri daripada dadah kerana ia tidak membawa mereka ke mana-mana. Apabila disiarkan di media ia akan menjejaskan reputasi individu terbabit.

"Fikirkanlah tentang keluarga. Kalau bersalah dah tentu masyarakat akan pandang serong," katanya.

Memandangkan gejala penyalahgunaan dadah masih berleluasa di kalangan artis, Harun berkata, Seniman terpanggil untuk mengadakan program kesedaran untuk golongan itu.

Katanya, Seniman akan bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (ADDK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) untuk merangka program tersebut.

Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff ditahan bersama lima rakannya ekoran dakwaan memiliki 40 gram dadah dipercayai ganja malam kelmarin.

Mereka ditahan di rumah Saiful di Jalan PJS7 Subang Jaya di sini kira-kira pukul 10 malam.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

1 comment

melor45 said...

Arits dan dadah umpama irama dan lagu,tak dapat dipisahkan.

Powered by Blogger.