Mahfuz Desak Parlimen Tubuh JK Khas Siasat Felda

SHAH ALAM 27 Jun - Ekoran tindakan Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda) ingin menyaman lidah rasmi KEADILAN, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar semalam mendesak satu jawatankuasa siasatan bebas di bawah Parlimen Malaysia dibentuk segera bagi menjalankan siasatan menyeluruh demi untuk menyelamat institusi tersebut yang dibangunkan atas keringat dan tulang empat kerat peneroka.

Mahfuz berkata tindakkan kerajaan dan Felda hendak menyaman Suara Keadilan dan beberapa individu atas isu yang dilaporkan adalah sesuatu yang mengejutkan.

Beliau berkata rakyat kursusnya peneroka Felda sedang menanti penjelasan dan jawapan yang meyakinkan terhadap dakwaan atas isu yang berkaitan dengan pengurusan serta perbelanjaan wang Felda sehingga menyebabkan rizab tunai merosot begitu teruk sekali.

"Rakyat ingin mengetahui apakah semenjak 2004 hingga 2009 Felda tak menerima apa-apa bayaran ke dalam akaun Felda. Rakyat hendak jawapan daripada kerajaan dan Felda tentang lebih RM2 bilion yang dikatakan salah satu punca susut tunai felda. Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri yang menjaga Felda memberitahu bahawa ianya digunakan untuk bantuan tanam semula. Sedangkan semua peneroka tahu itu adalah wang hasil tabungan peneroka untuk tujuan tanam semula.

"Rakyat dan peneroka menanti penjelasan kenapa lembaga pengarah tidak dirujuk untuk kelulusan pembelian Menara Felda daripada syarikat Naza. Sebaliknya kerajaan hanya mampu menjawab ini fitnah, Felda adalah syarikat kerajaan takkan tergamak nak menipu Melayu. Itulah sahaja yang diungkap oleh pemimpin kerajaan Umno-Barisan Nasional," tegas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS dalam kenyataan medianya.

Kata beliau lagi, sejak menjawat jawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razk tidak mengambil langkah membersih dirinya daripada segala dakwaan yang dilemparkan padanya seperti isu kapal selam Scorpene, pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, lesen judi bola sepak dan terkini Felda dan banyak lagi skandal yang melibatkan beliau dan memburukkan nama baik Malaysia.

No comments

Powered by Blogger.