Najib pertahan lantikan Bakke ketuai Sime Darby

Oleh Boo Su-Lyn


KUALA LUMPUR, 19 Jun — Datuk Seri Najib Razak menegaskan Datuk Mohd Bakke Salleh merupakan calon terbaik mengetuai Sime Darby meskipun dikritik pelbagai pihak berhubung prestasinya di Felda Holdings Bhd ekoran kemerosotan tunai sejak lima tahun lalu.

Bakke, pengarah uurusan Felda Holdings dilantik untuk menggantikan ketua eksekutif Sime Darby Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid yang telah diminta mengambil cuti ekoran kerugian lebih RM1 bilion.

Sejak minggu lalu kritikan mencurah berhubung prestasi Bakke (gambar) ekoran kemerosotan aliran tunai Felda Holdings Berhad lebih RM2 bilion sejak 2004.

“Jika kita lihat pada rekod prestasi, Datuk Bakke ada keupayaan untuk memperbaiki kedudukan Sime Darby,” kata Najib kepada pemberita di sini hari ini.

Pelantikan Bakke sebagai presiden dan ketua eksekutif kumpulan Sime Darby diumumkan oleh Pengerusinya Tun Musa Hitam Isnin lalu.

Bakke pernah mengepalai Lembaga Tabung Haji dan Bank Islam, yang beliau telah memainkan penting untuk mengembalikan ke kedudukan lebih baik selepas mengalami kerugian.

“Bakke telah dilantik sebagai presiden dan ketua eksekutif baru dan pelantikan beliau akan berkuat kuasa secepat yang mungkin,” kata Musa.

Rabu lalu, kerajaan pusat secara terbuka mengakui simpanan tunai Felda telah merosot sehingga RM1.35 bilion tahun lalu berbanding paras RM4.08 bilion dimiliki pada 2004.

Bagaimanapun Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa penurunan simpanan tunai bukan kerana salah urus Felda.

“Kami tidak pernah salah gunakan dana (Felda),” kata Ahmad di Dewan Rakyat sambil menjelaskan kewangan agensi itu diuruskan dengan baik.

No comments

Powered by Blogger.