Netanyahu Pertahan Kepungan Gaza, Serangan Armada

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada hari Rabu menolak kecaman antarabangsa atas serangan maut terhadap Armada Bebas Gaza yang membawa bantuan ke Gaza dan menyatakan bahawa pengepungan Jaluran Gaza ” diperlukan untuk mencegah serangan peluru berpandu terhadap Tel Aviv dan Yerusalem “.

“Israel adalah mangsa serangan kemunafikan antarabangsa,” katanya di tengah panggilan untuk membatalkan kepungan Israel di Gaza. Dia juga membela serangan maut hari Isnin terhadap armada tersebut yang berusaha untuk memberikan bantuan ke Gaza.

“Ini bukan ‘Kapal Cinta’,” “Itu adalah kapal benci” kata Netanyahu dalam satu penyampaian kepada rakyat Israel, merujuk kepada kapal yang diserang oleh komando yang menyebabkan kematian sejumlah aktivis.

“Ideanya adalah untuk memecahkan kepungan laut. Apakah itu, puluhan, ratusan kapal akan datang kemudian, dan di setiap kapal ratusan roket, peluru berpandu dapat dibawa,” katanya.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ameen

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.