PAS Mahu Mulakan Mobilisasi Rakyat Hadapi PRU-13

Oleh Suraaya Hulaimi

PENGKALAN CHEPA 14 Jun - PAS akan menggerakkan satu mobilisasi bagi meningkatkan semangat rakyat untuk menolak Umno-Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang dengan kerjasama rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat serta badan bukan kerajaan, kata Ahli Jawatankuasa Pusat, Mohamad Sabu.

Gerakan mobilisasi rakyat ini yang dicadangkan itu merupakan program Dewan Ulama PAS Pusat dan Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi.

Mohamad berkata program itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama semua parti di dalam Pakatan Rakyat dan NGO.

"Program ini perlu diadakan bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang kerana masih ada dua isu besar yang berulang iaitu pertamanya isu undi pos dan keduanya isu demokrasi yang tidak lagi diamalkan di Malaysia," kata beliau semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar PAS ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK), di sini semalam.

Beliau juga memuji kejayaan yang dibuat oleh lajnah terutamanya penerangan yang di pengerusikan oleh Idris Ahmad dan lajnah pilihan raya yang diterajui Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Di akhir ucapannya beliau melancarkan derma kilat di bagi membantu tabung untuk membina masjid dan sekolah di Semenanjung Gaza dengan sasaran derma sebanyak RM200,000 bagi tujuan tersebut.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.