Perhimpunan 'Melayu Bangkit' di KT
Bangkit' anjuran Gerakan Tindakan Rakyat (Gertak) bermula jam 10 pagi ini dengan dihadiri kira-kira hampir 1,000 orang di Stadium Negeri Kuala Terengganu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di perhimpunan tersebut sebentar tadi.
Kehadiran menteri besar Terengganu adalah di luar dugaan.
Ketibaan mantan perdana menteri itu disambut dengan persembahan pencak silat oleh dua pasangan lelaki dan wanita.
Antara yang hadir ialah anggota Perkida yang pakaian mereka berwarna hijau muda dan berikat kepala serta anggota pencak silat.
Bunyi pukulan gendang silat kedengaran sebagai menyambut ketibaan orang ramai dan para jemputan ke majlis tersebut.MK
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!
No comments
Post a Comment