Pesawat bawa mangsa korban Flotilla Gaza berlepas

Rejim Zionis memaklumkan bahawa 5 buah pesawat telah berlepas menuju Turki dan Greece dengan membawa jenazah/ mayat 9 orang mangsa yang terkorban semasa tentera rejim Zionis menyerang kapal-kapal konvoi ke Gaza (flotilla Gaza).

Menteri Dalam Negeri rejim Zionis mengesahkan bahawa pesawat-pesawat itu turut membawa 503 orang aktivis flotilla Gaza untuk dihantar pulang.

Menurut seorang jurucakap, Sabine Haddad, sebuah pesawat lagi akan berlepas kemudian. Sementara itu, aktivis-aktivis yang dihantar pulang ke UK dan Ireland memberitahu bagaimana mereka ditembak bertubi-tubi di merata-rata tempat. Wanita-wanita yang menaiki flotilla Gaza itu pula dibelasah oleh tentera rejim Zionis.

sumber : Yahoo! News

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.