(Piala Dunia 2010) RTM Siar Perlawanan Ulangan, Penonton Tertipu & Marah
Well, not everyone can afford an Astro set.
Nama sahaja gah sebagai penyiar rasmi Piala Dunia 2010, mungkin RTM sudah boleh buang gelaran tersebut. RTM telah mengecewakan penonton tempatan kerana menyiarkan siaran ulangan perlawanan Piala Dunia 2010 Germany Vs Australia, kerana mereka sepatut’nya menyiarkan siaran Live Brazil Vs Korea Utara.
Bukan seorang dua yang merungut, ada penonton yang sanggup menunggu hingga pukul 2.30 pagi telah dikecewakan dengan siaran ulangan. Kata si penonton ini, beliau tinggal di hostel tiada Astro, jauh daripada mamak dan tiada transport. Penat’lah tunggu punya tunggu, alih-alih RTM buat hal pula.
Sepatut’nya RTM mainkan peranan sebagai media milik kerajaan yang mempunyai dana yang besar untuk membeli siaran Live Piala Dunia 2010. Jangan biarkan Astro monopoli kesemua rancangan sehingga penonton yang kurang mampu tidak dapat menikmati kehangatan Piala Dunia. Ini tidak, propaganda lebih, habuk tarak.
Ha, kita tunggu sahaja apa penjelasan RTM mengenai perkara ini.
oh bulan
kita tunggu geng bangang dan bebal ni cakap apa. sampai bila rtm nak tipu rakyat!
No comments
Post a Comment