PKFZ: DAP pertikai mengapa Chan tak didakwa?

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Meskipun Menteri Pengangkutan baru, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata tidak ada keperluan bagi menyiasat semula skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang kerugian RM12.5 bilion, namun ia tidak mematahkan semangat Anggota Parlimen pembangkang untuk menimbulkan isu itu di Dewan Rakyat.

MP Ipoh Timur, Lim Kit Siang pada sesi soal jawab menuntut penjelasan mengapa menteri pengangkutan ketika skandal itu, Datuk Seri Chan Kong Choy tidak dipertanggung-jawabkan walaupun nama beliau ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

PAC dalam laporannya tahun lalu mengesyorkan Chan dan Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Datin Paduka OC Phang disiasat oleh Suruhanjaya Pencengahan Rasuah.
Ia berhubung dakwaan pecah amanah kerana tiga surat sokongan yang dikeluarkan oleh Chan dan tiga surat aku janji yang dikeluarkan oleh Phang tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

PAC menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan projek PKFZ selepas projek itu dilaporkan meningkat daripada RM1.957 bilion kepada RM4.947 bilion.

PKA sebelum ini mengumumkan bahawa tiada tindakan undang-undang akan diambil ke atas Chan berhubung skandal PKFZ kerana beliau bukan merupakan anggota PKA.

Keputusan itu dikatakan bercanggah apabila Phang dan tiga yang lain diheret ke mahkamah atas dakwaan membuat tuduhan palsu. – MALAYSIAKINI


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.