Radhi Mat Din Berucap Di Ceramah Muktamar Malam Ni

oleh Suhaizan Bin Kaiat

Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan menampilkan seorang tokoh yang rapat dengan dunia sukan bola sepak dalam negara kita iaitu Saudara Radhi Mat Din.

Beliau merupakan bekas ketua pasukkan bola sepak Negeri Kedah. Sekarang merupakan jurulatih pasukan bola Negeri Kedah. Beliau akan berucap bersama dengan Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dalam Ceramah Perdana sempena Muktamar PAS Pusat di Kota Baharu Kelantan


Ceramah malam ini sabtu 12hb Jun 2010 akan bermula jam 9 malam di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan(PUTIK) Pengkalan Chepa bersebelahan dengan Lapangan Terbang Negeri Kelantan.

Ucapan sulong Sdr. Radhi Mat Din akan berkisar mengenai kesan-kesan terhadap sukan bola sepak dalam negara ekoran kelulusan judi sukan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Peminat-peminat bola sepak negara khususnya anak-anak muda belasan tahun bakal terjebak dalam judi sukan. Negara bakal menuju kemusnahan akibat daripada penglibatan anak muda dalam pertaruhan judi yang bertentangan dengan semua agama ini.

Sdr. Radhi Mat Din bakal membawa lebih ramai lagi bekas pemain, jurulatih dan tokoh-tokoh sukan bola sepak dalam gerakan rakyat ini. Mereka akan bersama-sama dalam Himpunan 100 Ribu Mansuh Judi Sukan pada sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang di Kuala Lumpur. Semalam Pegerusi GMJ Cikgu Azmi Bin Abdul Hamid juga telah mendapatkan persetujuan Dato Tamrin Ghafar bersama dalam gerakan rakyat ini. Dato Tamrin Ghafar bekas Pengerusi Mara ini akan bersama dalam road show yang bakal di adakan selepas ini.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.