Zionis halang ‘Armada Kebebasan’ daripada Gaza

‘Armada kemerdekaan’ telah pun bertolak pada hari Ahad (30/5) pada jam 4 petang dari tempat berhimpun menuju ke pelabuhan Gaza setelah menunggu selama 3 hari di perairan antarabangsa di kawasan pantai Cyprus supaya kapal-kapal yang turut serta dapat berkumpul di situ. Adalah dijangkakan, armada tersebut tiba di perairan Gaza pada keesokan pagi.

Pihak Zionis terus memberikan ugutan bagi menghalang armada tersebut daripada tiba ke Semenanjung Gaza. Zionis telah mengisytiharkan peluasan kawasan latihan ketenteraannya di laut dari 21 batu kepada 68 batu bagi menyempitkan laluan kapal-kapal yang turut serta dalam armada berkenaan.

Beberapa sumber mengatakan bahawa tentera laut Zionis telah memulakan latihannya dengan melancarkan bedilan sehingga boleh mengancam keselamatan terhadap armada tersebut serta para aktivis yang turut serta.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.