13 Mei: Jangan berselindung ditempat yang terang.
Insiden ‘May 13’ dijadikan isu oleh Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu dan ini adalah petanda pilihanraya umum sudah hampir tiba. Insiden ’13 May’ ini telah menjadi isu tetap bagi BN setiap kali pilihanraya tiba. Utusan menganggap’May 13’ sebagai hikmah kerana jika tidak berlaku kejadian hitam itu ekonomi negara hanya diborong oleh satu pihak tertentu sahaja. Maksud satu pihak itu ialah kaum Cina.
Dalam kolum mingguan Datuk Zaini Hassan, beliau telah mencadangkan supaya insiden 13 May ini perlu dibaca oleh generasi yang akan datang dan memahami hakikat yang insiden itu adalah ‘blessing in disguise’ kerana dengan insiden itu maka kerajaan kita telah dapat mengenengahkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan telah memberi peluang kepada Bumiputra untuk bersama-sama menikmati kekayaan negara secara ‘equitable’.
Insiden berdarah itu jika dipandang dari sudut yang tertentu ianya relevan untuk diperingati sebagai pelajaran yang berguna untuk kita semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini dan ianya harus diketahui oleh generasi yang baru kita. Tetapi isu ini jika dijadikan sebagai alat kempen pilihanraya untuk mengugut rakyat supaya tidak memberikan perhatian kepada sesuatu pihak untuk kuasa, maka ianya adalah satu niat yang tidak baik.
Kejadian berdarah itu boleh dijadikan pelajaran oleh pihak yang menang yang merayakan kejayaan dengan mencemuh yang kalah seperti apa yang berlaku dalam tahun 1969 dahulu. Semasa itu parti yang didominasi oleh kaum bukan Melayu telah berarak dengan mencemuh Melayu dan ianya amat menyakitkan hati dan jiwa bangsa Melayu yang akhirnya membawa padah yang tidak baik kepada perhubungan diantara kaum dinegara ini.
Majlis Gerakkan Negara (MAGERAN) diwujudkan dan negara ditadbir oleh Majlis ini dibawah ordinan dharurat beberapa ketika. Dalam pentadbiran MAGERAN inilah pemimpin-pemimpin kita telah berunding dengan semua kaum untuk mencari punca dan sebabnya peristiwa itu berlaku. Hasilnya wujudlah satu dasar yang diterima pakai dan dihormati oleh semua pihak dan kaum, iaitu Dasar Ekonomi Baru yang telah banyak melaksanakan dasar ‘social and Economic Engineering’ yang telah memantapkan kembali keamanan dan perhububungan diantara kaum.
Memang dasar ini telah membawa banyak kebaikkan, bukan sahaja kepada kaum Bumiputra tetapi juga kepada pembangunan status ekonomi Bukan Bumiputra. Malahan dasar inilah yang telah melonjakkan ekonomi negara tetapi banyak pihak yang ‘memandai-mandai’ cuba untuk menafikan hakikat ini.
Sejak awal lapan puluhan dasar ini walaupun belum cukup tempoh perlaksanaannya, telah diabaikan oleh pucuk pimpinan negara kita sehinggakan kelalaian itu telah membawa kepada keadaan yang sedang kita alami pada hari ini; iaitu merosotnya perhubungan muhibbah diantara kaum yang telah terbina sejak DEB diwujudkan. Pengabaian ini melampaui kepada generasi yang sekarang ini dan mereka menganggap bahawa inilah keadaan yang sememangnya wujud kerana mereka tidak pernah merasakan hidup muhibbah diantara kaum sejak mereka lahir pada lapan puluhan dahulu sehinggalah sekarang.
Tetapi jika Utusan Malaysia mengunakan isu ini sebagai ugutan yang keadaan itu akan berulang jika pemerintah sekarang ini digagalkan dalam pilihanraya yang akan datang akan membawa kepada berulangnya insiden itu ianya merupakan satu pandangan yang tidak benar. UMNO tidak akan kekal kuat jika ianya bersandarkan kepada ugutan yang negara akan huru-hara jika parti ini digulingkan oleh pihak lawan dalam politik.
Rakayt sebenarnya sedang memberikan tekanan kepada pemerintahan yang mereka sudah kurang keyakinan seperti yang dialami mereka masa kini. Kalau dahulu UMNO dan Perikatan ditolak oleh rakyat kerana sentiment perkauman yang sempit dan merbahaya, tetapi isu yang ada dihadapan kita ialah isu ‘keyakinan’ terhadap pimpinan.
Takkanlah mereka akan mengundi parti yang mempunyai kepimpinan yang dianggap rasuah dan salahguna kuasa semata-mata hanya dengan mendengar ugutan yang berupa racist itu. Utusan seolah-olah ingin meminta rakyat menerima UMNO dan BN walau serasuah mana sekali pun kerajaan yang ada pada hari ini semata-mata kerana takutkan peristiwa berdarah 13 Mei itu berulang. Sampai bilakah kita hendak menyandarkan kemenangan kita kepada ugutan?
Utusan seolah-olah mengugut dengan mentakan kepada rakyat ‘pilih BN, kalau tidak 13 Mei akan berulang! Ini merupakan satu taktik yang sangat rendah nilainya. BN sepatutnya meraih sokongan rakyat dengan menghilangkan persepsi kotor rakyat terhadap ‘coalition’ ini.
Itulah sebabnya banyak pihak termasuk diri saya selalu mengatakan jika UMNO dan BN hendak memastikan ‘survival’nya dengan berterusan pemimpin-pemimpin yang ada pada hari ini patut bersara dan berikan kepimpinan kepada sesiapa yang berpengalaman dan tidak terlibat dengan kabinet yang dianggap rasuah dan selalu menyalah gunakan kuasa. Jika UMNO mempunyai ‘facet’ kepimpinan yang bersih maka UMNO tidak payah lagi menggunakan isu 13 Mei yang bersifat ugutan itu menjadi bahan kempen pilihanraya yang bakal tiba.
Jika kepimpinan UMNO itu kuat, mereka tidak payah mengambil hati bangsa lain dengan mengcilkan hati bangsa sendiri.Jika kepimpinan kita kuat tidak akan timbul kata-kata seperti yang diluahkan oleh Soi Lek yang sistem pelajaran Cina yang ada dinegara inilah yang membawa kemajuan kepada negara seolah-olah menafikan system pelajaran yang lain tidak boleh membawa kemajuan kepada negara.
Kalau pemimpin UMNO kita kuat MCA akan mengakui yang mereka sepatutnya berterima kasih kerana dinegara ini sekolah jenis kebangsaan Cina kita bercambah. Keadaan ini tidak berlaku diIndonesia, Thailand malahan diSingapura sendiri sekolah jenis kebangsaan Cina tidak begitu banyak wujud. Soi Lek masih tidak berterima kasih kepada Melayu yang telah banyak berkorban untuk bangsa Cina dinegara ini. Mereka berani bercakap secara terbuka semata-mata mereka nampak desperado pimpinan kita dalam UMNO. Mereka tahu UMNO lemah dan mereka secara ‘expedient’ menggunakan isu sekolah Cina untuk memaksa pimpinan Melayu UMNO tunduk semata-mata untuk mendapatkan undi yang belum tentu diperolehi dari kaum itu.
Untuk mendapat sokongan berterusan pemimpin UMNO terpaksa melayani kehendak mereka yang bukan-bukan dengan menggadaikan apa yang ada kepada kita secara beransur-ansur. Selalunya orang yang bergadai ini adalah orang yang lemah ekonomi rumah tangganya. Pemimpin yang lemah pula akan menggadaikan bangsa dan negara yang dipimpinnya. Oleh kerana lemahnya pimpinan kita maka terpksa menggadaikan sedikit demi sedikit kepunyaan kita kepada bangsa yang sangat pandai berpolitik itu.
Kelemahan pimpinan Melayu itu diambil kesempatan untuk meminta perkara yang bukan-bukan sehinggakan kita orang Melayu merasakan pahit dan pedihnya diatas tuntutan mereka itu. Tetapi orang Melayu tidak mahu merobah dengan menggantikan kepimpinan yang sedang leka dan berenak dalam glamour kuasa yang mereka salah gunakan itu.
Rakyat sedang memerhatikan keadaan; jadi tidak payahlah mengugut-ngugut untuk mengekalkan kuasa yang mereka sedang salah gunakan sekarang ini. Kita mesti mengakui dan beriktikat yang menyalah gunakan kuasa dan rasuah itulah yang akan membawa bala dan kekusutan perhubungan diantara kaum dinegara ini; bukannya kerana penolakkan UMNO dri tampuk kuasa.
Ingat, kesabaran rakyat ada hadnya. Belajarlah dari apa yang berlaku didalam pilihanraya yang lalu. Zaman berkuasa dengan menggunakan ‘buku lima’ sudah berakhir. Sekarang sudah sampai waktu rakyat mencari pemimpin yang diyakini untuk memimpin negara dengan penuh ‘magnanimity’ dan tidak terlibat dengan rasuah, apa lagi untuk melindungi rasuah melalui akta-akta seperti OSA dan sebagainya.
Walaupun OSA itu menghalang untuk mengenengahkan aktibiti rasuah tetapi dalam senyap-senyap rakyat nampak perkara-perkara buruk itu berlaku dengan jelas. Rakyat sekarang ini bukan rakyat dahulu; menerima sahaja apa yang dibuat oleh pemerintah.
Rakyat boleh menerima dan menolak tanpa segan silu lagi sekarang ini. Mereka sekarang sudah faham bahawa negara ini adalah negara mereka dan bukannya kepunyaan UMNO yang dipersoalkan ‘legitimacy’ kewujuddannya. Banyak pihak yang menganggapkan yang rakyat itu buta dan tidak nampak apa-apa.
Masakan mereka yang rasuah itu boleh berselindung ditempat yang terang atau pun menyurok disebalik telunjuk.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/11/jangan-berselindung-ditempat-yang.html

No comments
Post a Comment