Azmin mahu Zaid kekal dengan PKR

SHAH ALAM: Azmin Ali mahu pencabarnya bagi jawatan timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim untuk meneruskan perjuangan dari dalam dan tidak menubuhkan parti baru.

Naib presiden PKR berkata, ketika menyertai PKR tahun lalu, Zaid berjanji berjuang membawa agenda reformasi dan menjana perubahan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Zaid telah menarik diri dari meneruskan bertanding jawatan timbalan presiden atas dakwaan ketidaktelusan dalam proses pemilihan.

Beliau juga meletakkan semua jawatan parti iaitu pengerusi PKR Wilayah Persekutuan da Penyelaras Pakatan Rakyat.

Beliau turut mendakwa Azmin tidak layak kerana menipu dan meminta Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan.

Zaid dalam satu majlis di Sungai Petani berkata, beliau tidak menolak kemungkinan menubuhkan parti baru jika dipecat.

Azmin bagaimanapun, menasihatkan bekas menteri undang-undang itu supaya berhati-hati dalam tindakan seterusnya.

No comments

Powered by Blogger.