Kesian! Akibat Akhbar Terlalu Nak Bodek Najib
Bantuan mangsa Merapi sebenarnya daripada UMNO
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Bantuan bernilai Rp1 bilion (RM350,000) kepada mangsa bencana Gunung Merapi di Yogyakarta disampaikan semalam adalah daripada UMNO dan bukannya sumbangan peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dilaporkan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, Najib selaku Presiden parti telah mewakilkan beliau untuk menyampaikan bantuan itu bagi pihak UMNO.
"UMNO amat bersimpati kepada rakyat Indonesia dalam bencana yang telah melibatkan 500,000 mangsa serta mengorbankan 194 orang.
"Sebagai tanda keprihatinan rakyat Malaysia, saya dan rombongan telah menyampaikan sumbangan yang berupa barangan pelbagai kegunaan kepada Sultan Yogyakarta yang juga Gabenor provinsi itu, Sri Sultan Hamengku Buwono ke-10,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - Bernama

No comments
Post a Comment