Beza LGE Dengan Pemimpin Umno Pulau Pinang. Cina Tolong Melayu?
GEORGETOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengingatkan para pemimpin MCA terutama Menteri Pengangkutan, Kong Cho Ha bahawa rakyat adalah tuan sebenar, bukan kontraktor atau kementerian itu.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, justeru, Cho Ha harus memberi penjelasan apa salahnya MMC-Gamuda JV Sdn. Bhd. (MMC-Gamuda JV) mengeluarkan surat jaminan bagi melindungi kepentingan awam berhubung kemungkinan berlakunya banjir di Pulau Pinang.
“Apa salahnya MMC-Gamuda keluarkan surat jaminan kerana Kementerian Pengangkutan juga pernah mengeluarkan surat jaminan untuk syarikat swasta membabitkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM12.85 bilion,
“Jadi, kita dapat lihat betapa pemimpin MCA hanya teruja dalam projek-projek mega berbanding kepentingan rakyat dan ini merupakan budaya yang sangat tidak sihat, ” katanya dalam kenyataan.
Cho Ha baru-baru ini mengkritik kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa tindakan mengeluarkan arahan berhenti kerja kepada MMC-Gamuda melibatkan Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar (EDTP) bernilai RM13 bilion sebagai tidak berasas.
Kerajaan negeri Pulau Pinang, walau bagaimanapun, telah menarik balik perintah berhenti kerja bagi projek landasan kereta api berkembar Ipoh-Padang Besar itu selepas (MMC-Gamuda JV) memberi surat jaminan mengenai langkah-langkah mencegah banjir.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, dengan tindakan Cho Ha itu, banyak pihak kini tertanya-tanya apakah tindakan Menteri Pengangkutan itu membayangkan bahawa kerajaan ingin mengatakan syarikat swasta lebih penting dari warga awam atau sebaliknya.
Sehingga hari ini, katanya, kontraktor terbabit telah memberi kerjasama yang baik dan tidak membantah apabila arahan berhenti kerja itu dikeluarkan.
Ujar beliau lagi, Cho Ha juga memutar-belit isu ini dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri sengaja menjadikan kehidupan lebih sukar dengan tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan dalam projek-projek mega sedangkan jika dakwaan ini benar, masakan kerajaan negeri akan meluluskan projek bernilai RM13 bilion itu.
Pada masa yang sama, Cho Ha sepatutnya jelas bahawa isu ini hanyalah satu, yakni gesaan kerajaan negeri kepada kontraktor untuk mengeluarkan surat jaminan bertulis berkenaan langkah-langkah mencegah banjir tetapi beliau sebaliknya pula menegaskan tiada keperluan mengenainya.
Perkara ini telah selesai apabila kontraktor mematuhi sepenuhnya permintaan kerajaan negeri mengenai surat jaminan bertulis tersebut, jelasnya.
“Banjir besar yang melanda Kedah telah menunjukkan bahawa ukuran kawalan banjir biasa oleh kontraktor selepas runding cara sepenuhnya bersama JPS dan JKR tidak lagi boleh digunakan.
“Kerajaan negeri, oleh itu, memilih untuk mengguna pakai pendekatan pro-aktif dalam pengurusan krisis banjir dengan mengambil pendekatan awalan yang bermatlamat mengurangkan kesan buruk akibat banjir, ” tambahnya dalam kenyataan yang sama.
Tambah Guan Eng lagi, Cho Ha seharusnya menyedari bahawa kediaman dan kehidupan rakyat serta berbilion ringgit hasil pelaburan taman industri berteknologi tinggi di Prai dan Bukit Minyak berdepan risiko banjir.
Pulau Pinang dan 1.6 juta penduduk pulau mutiara ini tidak mampu menanggung bebanan akibat banjir seperti yang berlaku di Kedah baru-baru ini dan semua langkah berjaga-jaga harus diambil bagi memastikan jika banjir berlaku, kerugian dalam diminimakan, katanya lagi.

No comments
Post a Comment