Hujan rahmat melanda Makkah
MINA, ARAB SAUDI 19 Nov - Walaupun hujan tidak terlalu lebat, angin yang bertiup kencang membasahi jemaah yang sedang melakukan ibadah melontar jamrah dan tawaf malam kelmarin.
Ada juga jemaah yang tidak mencari tempat berteduh, sebaliknya menikmati hujan itu.
“Ia adalah petanda daripada Allah bahawa haji kami diterima. Ini adalah rahmat,” kata seorang jemaah dari Iran, Ibrahim Mohammadi.
Kadangkala terdapat petir dan kilat sabung-menyabung, manakala dalam khemah, bunyi hujan kedengaran.
Kebanyakan jemaah mengambil peluang untuk membaca al-Quran selain menghubungi rakan-rakan lain dengan menggunakan telefon bimbit bagi meminta mereka supaya tidak keluar.
Jalan-jalan juga menjadi licin manakala kedai-kedai sementara yang dibina oleh peniaga dari Mekah dan Jeddah terpaksa ditutup. Khemah plastik yang didirikan jemaah hampir koyak disebabkan tiupan angin itu. Jemaah haji yang basah kuyup cuba berteduh di beberapa lokasi.
Lokasi yang lazimnya sesak dengan jemaah untuk melakukan ibadah melontar juga lengang kerana hujan.
Dianggarkan seramai tiga juta umat Islam melaksanakan ibadah haji pada tahun ini.
Sebahagian daripada mereka telah menyempurnakan ibadah haji semalam dan bakinya akan meneruskan ibadah masing-masing pada hari ini.
Semalam, jemaah haji masih melontar di jamrah sebelum musim haji berakhir pada hari ini. – Agensi

No comments
Post a Comment