Zaid tubuh parti baru, dakwa lebih demokratik
SHAH ALAM, 19 Nov - Seperti yang dijangka, Bekas Pengerusi Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim akan menubuhkan parti baru yang beliau dakwa akan lebih demokratik.
Bagaimanapun, Zaid memperlihatkan hasratnya untuk terus ‘bermain politik’ apabila enggan keluar daripada KEADILAN) sehingga 16 Disember tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam meramalkan Zaid akan menubuhkan parti baru, malah parti itu akan mendapat kelulusan segera daripada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang berlaku dengan Perkasa dan pertubuhan lain yang seiring dengan politik Umno.
Dalam sidang akhbar di kediaman beliau hari ini, Zaid terus menyerang dan mempersendakan pimpinan KEADILAN serta menggambarkan dirinya mangsa dalam parti.
Namun Zaid tidak pula merujuk kepada dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan oleh beliau dan konco-konconya terhadap Anwar dan kepimpinan KEADILAN termasuk serangan-serangan peribadi sebelum dan semasa pemilihan parti.
Zaid juga tidak merujuk kepada tindakan KEADILAN sebelum ini melantiknya sebagai anggota Biro Politik, Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan calon untuk pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor.
Zaid meningkatkan kecaman terhadap kepimpinan parti apabila semakin jauh ketinggalan dalam saingan untuk menjadi Timbalan Presiden Parti.
Beliau menggunakan portal Free Malaysia Today dan media arus perdana, termasuk Utusan Malaysia untuk menghentam kepimpinan KEADILAN yang hanya berpeluang menjawab tuduhan-tuduhan itu secara terhad menerusi media alternatif .
Zaid seterusnya menggunakan beberapa aduan dan rungutan mengenai sistem pemilihan parti sebagai alasan untuk menarik keluar daripada pertandingan. Beliau mendakwa kononnya pimpinan KEADILAN tidak memberi perhatian kepada aduan-aduannya.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menjelaskan, enam daripada tujuh saranan Zaid untuk memperbaiki sistem pemilihan diguna pakai dan tuduhan bekas ketua bahagian Umno itu tidak berasas.
Zaid mendakwa, parti baru yang bakal ditubuhkan tidak akan mempunyai banyak kerenah dan akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

No comments
Post a Comment